Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Berusaha Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor) berkata, kerajaan negeri akan terus memperbaiki kekurangan serta kelemahan yang terdapat dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Perak.

“Seringkali kita akan meninjau semula perkara-perkara yang perlu diperbaiki, seumpamanya, program permukiman.

“Kita akan melihat dan memberi perhatian semula tentang bagaimana untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat,”ujarnya dalam sidang media yang diadakan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri, hari ini.

8

Tambahnya, kerajaan negeri amat menghargai pengiktirafan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kepada kerajaan negeri khususnya dalam beberapa dasar yang telah dan sedang dilaksanakan.

Zambry turut berkata, ianya termasuklah dengan dasar-dasar yang berkaitan dengan keperluan rakyat seperti dasar perumahan awam yang akan digubal menjadi sebuah Lembaga.

2

“Ianya termasuklah juga dengan dasar-dasar sentuhan rakyat seperti program Permukiman dan juga dasar pembangunan yang kita sedang laksanakan.

“Ini antara yang mendapat perhatian dan penghargaan daripada Sultan Perak. Kami di pihak kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Sultan Perak,”katanya.

Sebelumnya, Zambry sempat merasmikan pameran lukisan di Bangunan Darul Ridzuan, disini.

1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");