Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Pandang Serius Insiden Pecah Kuil

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang berlaku di sebuah kuil di Jalan Hospital baru-baru ini.

Ujarnya, Kerajaan negeri memandang serius berkenaan perkara tersebut dan bertegas tidak akan membenarkan mana-mana pihak mencetuskan ketengangan.

Beliau telah meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan menyelesaikan isu tersebut.

“Kejadian sebegini tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menimbulkan masalah dalam negeri dan dari segi hubungan kaum dan agama dan negeri ini.

“Kerajaan negeri tidak akan melindungi mana-mana sengaja bertindak mencetuskan huru-hara dengan perbuatan sebegini

PERAK TODAY

“Kita juga tidak akan bertolak ansur dengan pihak yang mengambil kesempatan dengan insiden ini untuk mencetuskan perbalahan dan pergaduhan,”katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Beliau berkata demikian untuk mengulas kejadian lelaki yang bertindak memecahkan patung di sebuah kuil di Jalan Hospital di sini.

Dalam pada itu,beliau turut menyeru semua pihak supaya bertenang dan bekerjasama bagi mengelakkan perkara tidak diingin daripada berlaku.

“Ini adalah untuk mengekalkan keamanan dan memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang pantas dan segera menyelesaikan masalah ini.

“kita perlu bekerjasama supaya perkara sebegini tidak dimainkan berikutan ia merupakan satu isu yang sensitif berkaitan agama.

“Tambah lagi perbuatan mengganggu gugat tempat beribadat sesuatu agama tentunya akan menimbulkan bahang ketegangan sekiranya tidak mengendalikan sebaiknya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");