Panasnya Hari Ini

Kertas Siasatan Terhadap Tun M: Polis Bincang Dengan Pejabat Peguam Negara

KUALA LUMPUR:Kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk perbincangan, tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ujarnya, ia antara empat kertas siasatan telah dibuka terhadap Dr Mahathir melibatkan dakwaan menghasut dan tuduhan lain.

Tambahnya lagi, terdapat juga kertas siasatan masih belum dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan.

“Kami telah membuka empat kertas siasatan terhadap Tun Mahathir.

“Ada yang belum selesai lagi, ada yang kita bawa bincang dengan Peguam Negara, jadi setakat ini kita tidak boleh menghukum apa-apa (terhadap Dr Mahathir),” katanya selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Knan Bukit Aman memetik sumber Freemalaysiatoday.

Terdahulu, Dr Mahathir disiasat berikutan tindakannya mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana disifatkannya terhutang budi dengan Najib.

Beliau melemparkan dakwaan tersebut menerusi catatan blogya, chedet.cc yang disiarkan pada 5 Februari lalu berikutan itu juga beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Dr Mahathir.

Terbaharu pada Sabtu lalu, Dr Mahathir menerusi wawancara bersama akhbar Australia, The Weekend Australian meminta campur tangan pihak antarabangsa untuk memudahkan Najib dijatuhkan kerana dakwanya saluran untuk mencari penyelesaian dalam negara telah ditutup sepenuhnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");