Sukan Hari Ini

Ketepi SUKMA!

Kuala Lumpur: “Tolak wakili negeri ke SUKMA (Sukan Malaysia) walaupun dijanjikan insentif lumayan.”

Itu saranan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang mahu atlet layak ke Olimpik Rio memberikan tumpuan penuh terhadap temasya terbesar dunia itu.

Menurutnya, semua atlet yang layak perlu memberikan tumpuan dan fokus penuh kepada untuk mencapai kemuncak di Olimpik pada Ogos nanti.

“Harapan utama kita adalah Datuk Lee Chong Wei yang mahu mencapai kemuncak di Olimpik kerana dia percaya ini peluang terakhirnya. Jadi saya mengharapkan atlet lain yang layak ke Olimpik turut berfikiran seperti itu.

“Saya mendengar ada negeri yang mahu atlet Olimpik mengambil bahagian di SUKMA pada Julai nanti. Tindakan itu sesuatu yang salah. Ia ibarat jalan singkat kepada negeri untuk mencapai emas ketika ruang sepatunya diberikan kepada atlet berbakat yang lain.

“Pencapaian di Olimpik adalah lebih hebat berbanding emas SUKMA. Jadi, saya menggesa atlet Olimpik agar tidak bertanding di SUKMA walaupun ditawarkan insentif lumayan,” katanya.

Sehingga kini Malaysia sudah menempah 12 tiket ke Olimpik Rio menerusi atlet terjun seperti Nur Dhabitah Sabri, atlet renang Wilson Sim serta atlet perahu layar Nur Shazrin Latif dengan aksi kelayakan beberapa sukan masih belum berakhir.

Hampir kesemua jenis sukan di SUKMA Sarawak pada penghujung Julai nanti mewajibkan atlet berusia 21 tahun ke bawah dibenarkan bertanding.

“Tempoh masa yang terlalu dekat memberikan kesukaran kerana Olimpik bermula awal Ogos. Jadi mereka sepatutnya fokus dan menuju ke Rio pada masa itu,” jelasnya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");