Panasnya Hari Ini

‘Ketika Annuar Dalam Kabinet Tun M, Semua Okay Belaka’

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini membidas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang kini lantang mengkritik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, amat menghairankan mengapa Annuar tidak pernah mempertikaikan kelemahan Tun Mahathir ketika menganggotai Kabinet sewaktu pentadbiran bekas Perdana Menteri itu.

“Kenapa sekarang baru nak hentam serta kritik Tun Mahathir? Itu tak betul dan ini tak betul! Dulu ketika dia berada dalam Kabinet Tun Mahathir, semua okay belaka.

“Inilah kualiti dan sikap hipokrasi pemimpin-pemimpin UMNO! Dulu cakap lain sekarang cakap lain. Mereka ini adalah kalangan lidah bercabang,”tegasnya menerusi catatan Facebooknya.

Dalam masa yang sama, bekas ahli UMNO itu turut mempersoalkan jasa dan sumbangan Annuar ketika menjadi menteri dahulu.

“Yang saya tahu beliau pernah disiasat oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR) pada waktu itu. Kereta mewah dia pun pernah ditahan oleh BPR pada waktu itu. Kes ini semua rakyat tahu pun,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, ujar beliau, rakyat kini menolak apa sahaja yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Ini kerana, kata Khairuddin, pemimpin-pemimpin UMNO sudah tidak mempunyai kredibiliti lagi di kaca mata masyarakat umum.

“Kita tunggu apabila Allah tunjukkan kebenaran nanti mana ‘penyangak-penyangak’ ini akan berada.

“Apakah mereka ini nak mempertahankan lagi kepimpinan lama seperti mana hari ini?”soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");