Isu Panas

Komplot guling MB Johor tidak benar

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique menyifatkan dakwaan wujudnya komplot menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai cerita tidak benar.

Sambil menyifatkan individu yang mendedahkan wujudnya komplot terbabit sebagai ‘langau’, Ahli Parlimen Tenggara itu memberitahu kepimpinan Mohamed Khaled sudah melakukan banyak perubahan yang memperjuangkan agenda rakyat.

“Saya tidak nampak (keperluan) kenapa ada pihak mahu bangkit atau cetus pemikiran yang hendak memporak-perandakan rakyat Johor.

“Kami Timbalan Menteri dari Johor membawa mandat negeri ke peringkat pusat, dan menjalankan tugas untuk rakyat Johor. Malah kami rakyat Johor merupakan rakyat yang setia kepada raja dan kepimpinan negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Surat Tawaran Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) di Bandar Dato Onn di sini, hari ini.

Terdahulu, beberapa portal melaporkan pengakuan individu yang mendedahkan wujudnya komplot untuk menjatuhkan Mohamed Khaled melalui gerakan yang diketuai seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.

Pengakuan individu itu dimuat naik melalui akaun Facebook milik peribadinya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");