Panasnya Hari Ini

Kos Besarkan Anak Bukan Alasan Letak Belanja Perkahwinan Tinggi

KUALA LUMPUR:Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan tindakan waris meletakkan belanja tinggi bagi perkahwinan anak perempuan mereka atas alasan ia berbaloi dengan belanja yang telah ditanggung dalam membesarkan anak berkenaan serta sesuai dengan taraf pendidikan bakal pengantin perempuan sama sekali amat tidak berasas.

Ujarnya perbelanjaan yang dikeluarkan ketika membesarkan anak-anak merupakan amanah dan tanggungjawab yang wajib dipikul bagi mereka yang bergelar ibu bapa.

Beliau turut menasihati supaya ibu bapa atau waris kepada bakal pengantin perempuan seharusnya tidak membebankan pihak lelaki dalam urusan berkaitan perbelanjaan untuk sesebuah majlis perkahwinan.

Ujarnya, masyarakat umum mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai perbuatan menambah beban bakal suami serta boleh menjurus kepada pembaziran.

Tambahnya lagi, dalam Islam itu sendiri tidak ada istilah belanja kahwin, sebaliknya Islam hanya mewajibkan pemberian mahar atau mas kahwin daripada bakal suami untuk bakal isteri.

“Justeru jika ada ibu bapa yang meletakkan belanja kahwin untuk anak perempuan atau jagaan mereka, ini bukan dituntut oleh Islam lebih-lebih lagi sekiranya belanja yang ditetapkan itu pula terlalu tinggi,” katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Alwi di Kangar memetik sumber Bernama.

Tambahnya lagi, masyarakat umum juga  sering mengharapkan wang belanja perkahwinan untuk mengadakan kenduri secara besar-besaran kerana mahu menunjuk kemewahan atau ‘berlawan’ dengan mana-mana pihak serta malu disifatkan sebagai keluarga yang tidak berkemampuan dari segi kewangan.

“Seharusnya ibu bapa mengutamakan perkara yang wajib dan dituntut dalam Islam serta memahami tanggungjawab yang bakal ditanggung oleh anak menantu dalam kehidupan baharu di alam perkahwinan,” katanya.

Beliau turut mmenasihati umat Islam di negeri ini agar tidak mencemarkan kemuliaan masjid dengan melakukan sebarang perbuatan yang dilarang seperti bergaduh, membuat bising dan  selain menggunakan kawasan di dalam dan luar masjid sebagai tempat menghisap rokok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");