Panasnya Hari Ini

KPN Perlu Semak Sumber Sebelum Ambil Tindakan

KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Khalid Abu Bakar disaran supaya menyemak terlebih dahulu sumber maklumat sebelum mengeluarkan sesuatu arahan.

Saranan tersebut dilontarkan oleh Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin beriutan dengan arahan KPN menerusi laman sosial Twitter yang berbunyi, “PCRIC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil tindakan keatas Penghasut ini” dengn memaparkan gambar dirinya dengan pautan daripada blog www.malaysia-today.net.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, Shazni setelah menyemak, ‘berita’ yang dimuatkan ke dalam blog tersebut didapati ia diambil daripada sebuah ‘portal hantu’, www.bicara.news.

“Portal yang tidak diketahui ‘admin’ serta sebarang alamat ini memberikan ulasan yang sangat jauh terpesong daripada artikel saya di portal Free Malaysia Today.

“Saya sekeras-kerasnya menafikan ulasan fitnah yang dibuat portal www.bicara.news tersebut ke atas artikel saya,” katanya.

Beliau turut berasa kesal dengan tindakan spontan Khalid yang memberi arahan berdasarkan sumber maklumat yang salah yang mana katanya satu penganiayaan kepada dirinya sebagai warganegara.

“Kaedah ini tidak betul memandangkan isu utama yang dibangkitkan dalam artikel asal adalah GST yang jelas membebankan rakyat sepanjang tempoh setahun ini.

“Saya menganggap ini merupakan satu ugutan bagi mematikan mood penolakan rakyat terhadap Najib dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi.

Beliau turut berharap supaya pihak KPN menjadi lebih profesional dalam melaksanakan tugas dan bukannya memberikan arahan di Twitter berdasarkan fitnah daripada ‘portal hantu’ yang tidak diketahui hujung pangkal kebenarannya.

Terdahulu pada 31 Mac yang lalu, Sazni berkongsi tulisannya dalam FMT bertajuk, ‘Setahun GST: Kita makin senang atau susah?’

Penulisannya itu mempersoal kutipan lebih RM30 billion dan jangkaan RM39 billion yang sedang dikutip menerusi GST dan status rakyat yang masih dalam keadaan tertekan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");