Panasnya Hari Ini

Krisis Air: Guan Eng Minta Ahmad Zahid Campur Tangan

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah meminta campur tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Majlis Sumber Air Negara (MSAN) dalam menangani krisis air yang berkemungkinan berlaku berikutan fenomena El Nino.

Beliau yang dipetik Free Malaysia Today berkata, fenomena tersebut dibimbangi akan menyebabkan bebanan dan kesulitan terhadap empat juta rakyat dalam kehidupan seharian serta perniagaan di empat buah negeri.

Justeru, beliau telah meminta campur tangan itu menerusi langkah-langkah pencegahan yang dicadangkan untuk dilaksana sehingga bulan Jun 2016.

“Tangguh aktiviti pengairan di semua negeri, terutamanya di selatan Kedah sehingga hujan lebat tiba. Langkah ini akan mengoptimumkan simpanan empangan sehingga ketibaan hujan.

“Kedua, giatkan operasi pembenihan awan di wilayah utara memandangkan simpanan empangan itu hanya akan ‘pulih’ jika terdapat hujan yang mencukupi,” cadangnya menerusi satu kenyataan hari ini, lapor Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian berikutan simpanan air sepanjang musim kemarau di Empangan Muda dan Empangan Beris di Kedah dipercayai hanya bertahan selama 30 hari sedangkan Jabatan Meteorologi telah menyatakan bahawa fenomena ‘Super El Nino’ akan berterusan sehingga Jun 2016.

Malah pelepasan air harian dari Empangan Muda dan Empangan Beris dikatakan amat penting bagi mengekalkan paras Sungai Muda supaya Kedah dan Pulau Pinang boleh mengambil air mentah.

“Ini kerana 84% pengambilan air mentah untuk bekalan air seharian Pulau Pinang diperolehi daripada sungai ini dan ketiadaan hujan menghalang kedua-dua empangan daripada melepaskan air yang mencukupi sekali gus menyebabkan ke paras air Sungai Muda ke tahap di bawah paras kritikal iaitu 1.5 meter,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau telah mencadangkan agar MSAN bertindak selagi masih mempunyai peluang ini untuk mengelakkan krisis air.

Gambar: Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");