Perak Hari Ini

LAP Kutip RM13 Juta Dari Wang Sumbangan Modal

IPOH : Lembaga Air Perak (LAP) telah mengutip RM13,235,984 melalui Wang Sumbangan Modal sehingga 6 April 2016.

Exco kerajaan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin ((BN-Sungai Manik) berkata, Peraturan-peraturan Industri Perkhidmatan Air (Deposit, Fi dan Caj Perkhidmatan Air) 2014 telah mula dikuatkuasakan pada 1 Februari 2014 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

“Perenggan 14 (1) peraturan tersebut menyatakan bahawa pemaju atau pemilik premis yang akan disambungkan ke sesalur awam akan dicaj suatu sumbangan modal oleh pemegang lesen iaitu LAP.

“Jumlah Wang Sumbangan Modal yang telah dikutip sehingga 6 April 2016 ialah sebanyak RM13,235,984.56,”katanya ketika menjawab soalan lisan daripada Leong Cheok Keng (DAP-Malim Nawar) dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri, hari ini.

Sementara itu, Zainol Fadzi turut berkata, sehingga 29 Mac 2016, LAP telah membelanjakan RM990,300 untuk membiayai pembinaan Kolam Simpang Dua Sitiawan berkapasiti 2.27 juta liter.

Jelasnya, kos pembinaan tangki tersebut berjumlah RM3.108 juta.

“Selain itu juga, pihak LAP turut merancang untuk membelanjakan Wang Sumbangan Modal tersebut untuk melaksanakan projek Pembinaan Kolam Ternaik Muatan 2.27 JLH di Mukim Tupai, pembinaan kolam ternaik muatan 2.27 JLH di Permatang Raja, daerah Larut Matang dan Selama.

“Sehingga 11 April 2016, sejumlah RM9.7 juta akan dibelanjakan dari Wang Sumbangan Modal yang terkumpul,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");