Panasnya Hari Ini

Laporan PAC Bukti Najib Difitnah

KUALA LUMPUR:Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menegaskan bahawa keputusan Laporan Jawatankuasa Kira-kira (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah membuktikan fitnah telah berlaku terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah berlarutan sehingga dua tahun.

Ujarnya ia tidak adil dan sudah diakui bukan sahaja dari pihak kerajaan tetapi juga pembangkang.

“Dia (Dr Tan Seng Giaw) memberitahu Datuk Seri Najib (Razak) langsung tidak terlibat dengan apa yang berlaku dalam isu 1MDB,” kata Tengku Adnan selepas merasmikan Majlis Perasmian Surau Al-Muhajirin Presint 9 di Putrajaya pada Sabtu.

Tambahnya lagi, orang ramai perlu mendapatkan fakta dan maklumat sebenar malah tindakan menunding jari ini adalah satu perkara yang tidak baik.

“Saya merayu kepada rakyat, supaya tidak percaya kepada orang yang suka menunding jari. Mereka ini ada matlamat tertentu untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang sekarang ini aman sejahtera dan sentosa.

“Malaysia sudah menjadi sepertimana ia hari ini kerana kita telah bersatu di dalam segala kepelbagaian. Ada beberapa orang di dalam dan luar negara tidak dapat melihat bahawa kita bersatu.

“Mereka berharap kita berpecah belah. Kalau kita berpecah belah kita tidak akan mencapai matlamat untuk menjadi negara maju,” kata memtik sumber Astro Awani.

Tambahnya lagi melaluikeputusan PAC itu, isu 1MDB boleh ditutup bagi memberi peluang kepada pengurusan syarikat itu meneruskan operasi.

“Mari kita bergerak ke hadapan dan biarlah 1MDB ini dapat melaksanakan apa yang perlu dilakukan sebagai sebuah syarikat,” ujarnya lagi.

Malah kerajaan juga katanya akan bersama pengurusan 1MBD akan terus memperbaik apa yang sudah disebut dan dicadangkan oleh PAC.

Terdahulu, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata pihaknya tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh anggota PAC yang terdiri daripada anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");