Panasnya Hari Ini

Larangan Masuk Sarawak, Mendukacitakan- Wan Azizah

KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan larangan terhadap pemimpin Pakatan Harapan untuk memasuki Sarawak amat mendukacitakan.

Ujarnya, menerusi demokrasi yang sihat, pertandingan politik yang adil dan sama rata mewajibkan parti -parti politik pihak pemerintah dan pembangkang diberi peluang sama bertemu pengundi dan menjalankan aktiviti politik yang sah mengikut undang-undang.

“Selagi tiada undang-undang yang dilanggar, kekangan dan halangan tidak patut dikenakan.

“Apa yang berlaku sekarang jelas menunjukkan parti-parti pembangkang diberi layanan berbeza berbanding BN. Mengapa seorang Exco kerajaan negeri dan ahli Parlimen dihalang dari masuk (Sarawak) walhal mereka tiada rekod jenayah atau terlibat sebarang skandal, manakala seorang presiden parti Umno yang terpalit pelbagai skandal dan kontroversi di dalam dan luar negeri diberi layanan cukup baik?,” soalnya memetik sumber Sinar Harian.

Beliau turut menggesa pentadbiran Sarawak di bawah Tan Sri Adenan Satim menghentikan amalan menghalang ahli politik khusus Pakatan Harapan melakukan kerja politik.

“Saya berharap Adenan bersikap adil dan terbuka serta membenarkan kami masuk untuk melakukan kerja-kerja politik yang dibenarkan undang-undang dan Perlembagaan. Marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik buat masa depan rakyat Sarawak,” katanya.

Tambahnya lagi, sudah pasti Adenan mahu menonjolkan pentadbiran yang lebih baik dan adil berbanding pentadbiran sebelum ini.

Terbaru, Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim; dan Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin dihalang memasuki Sarawak tanpa penjelasan mengapa mereka tidak dibenarkan masuk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");