Panasnya Hari Ini

Lari Elak Disembur Arak, Khairul Idham Dipuji

KUALA LUMPUR: Tindakan pelumba Malaysia pertama yang memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina, Khairul Idham Pawi yang lari untuk mengelak daripada disembur arak mendapat pujian daripada rata-rata pengguna media sosial.

Menerusi satu klip video yang dimuatnaik di laman Facebook ERA fm, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas pelumba berusia 17 tahun yang berasal dari Kampung Gajah Perak itu.

“Semua Muslim tumpang berbangga apa yang Khairul Idham Pawi lakukan di atas podium tadi iaitu Ucapan ‘ Alhamdulilah’ dan tidak sertai dalam percikan minuman keras! Terbaik! Lagi terbaik attitude dia masa dua lagi pemenang nak sembur arak tu dan dia pon tolak secara baik…memang superb…Semoga Allah permudahkan semua segala urusan anda… InsyaALLAH…,” ujar Nur Safinatunnajah Altamis Iskandar.

“Salute..lari masa sembur champagne.. tahniah dik.. moga sentiasa dilindungi Allah,” kata seorang lagi pelayar, Suzila Sahar.

“Aku respect ko naik podium tapi aku lagi respect ko jaga kesucian agama ko terus kan perjuangan ko,” kata Kenji Harima pula.

Khairul Idham Pawi dari pasukan Honda Team Asia itu mencatat sejarah apabila memenangi Kejohanan MotoGP Dunia dalam kategori Moto3 pada Grand Prix Motosikal Argentina dengan catatan masa 41 minit 35.452 saat dalam 21 pusingan di litar Termas de Rio Hondo, Santiago del Estero, Argentina.

Kejayaan anak muda yang berusia 17 tahun itu turut mendapat pujian daripada beberapa pemimpin negara termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");