Sukan Hari Ini

LBR: Kuching, Batang Padang buru bekalan selesa

EMPAT pasukan yang berentap di pentas separuh akhir pertama Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Peringkat Kebangsaan hujung minggu ini tekad memburu bekalan selesa terutamanya Kuching FA dan Batang Padang FA yang beraksi di laman sendiri.

Bagi Temerloh dan Padang Besar pula mereka tidak akan memberi laluan mudah sebaliknya tetap memburu jaringan kerana gol di tempat lawan cukup penting bagi aksi timbal balik.

Pengendali Kuching FA, Shahrizah Sahari berkata, sudah tentu bekalan selesa perlu dibawa untuk aksi timbal balik, namun tetap menghormati lawan yang belum pernah tewas dalam kejohanan ini.

“Kami belum pernah bertemu dengan Temerloh yang dilihat cemerlang pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini, jadi sikap waspada perlu ada dalam kalangan pemain.

Bagi rakan seperjuangannya di Temerloh, Mohd Zamri Junoh pula menjangkakan saingan sengit bakal diterima pemainnya tambahan pula beraksi di tempat lawan.

“Jaringan gol tempat lawan akan dicari kerana ia begitu penting,” katanya.

Sementara itu, Pengendali Batang Padang, Chang Wing Hoong mahu pemainnya berwaspada dengan lawan yang memiliki ramai pemain berpengalaman.

“Saya difahamkan Padang Besar diwakili beberapa pemain Piala Emas Raja-Raja, jadi ini perlu diberikan perhatian tetapi itu bukan alasan bagi kami untuk beraksi cemerlang,” ujarnya.

Bagi Pengurus Pasukan Padang Besar, Mohd Hafeez Nordin percaya barisan pemainnya kini bersedia sepenuhnya untuk menentang lawan.

“Pemain berada pada tahap tinggi untuk meneruskan kemaraan di pentas akhir, walaupun beraksi di tempat lawan kami cuba untuk mencapai kemenangan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");