Panasnya Hari Ini

Letupan di Restoran Chili’s Di Mid Valley, 8 Cedera

KUALA LUMPUR: Lapan orang mengalami kecederaan apabila siling dua kedai makan dan sebuah premis minuman di pusat beli belah Mid Valley runtuh selepas berlaku letupan kecil dikatakan berpunca daripada kerja baik pulih cecair petroleum gas (LPG), pagi tadi.

Memetik sumber Berita harian, Jurucakap pusat beli belah Mid Valley, berkata kejadian berlaku pada jam 9.45 pagi menyebabkan beberapa kakitangan premis dan kontraktor pengurusan LPG cedera ringan.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dan sudah menutup sistem gas di Mid Valley sehingga operasi baik pulih kembali seperti biasa,” katanya.

Berita mengenai kejadian letupan itu mula tersebar di Twitter sekitar jam 10.30 pagi tadi, dengan beberapa keping gambar menunjukkan kerosakan yang berlaku di restoran itu telah dimuat naik oleh pengguna laman sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");