Sukan Hari Ini

Liga Juara-Juara lebih istimewa: Bale

Madrid: Liga Juara-Juara adalah sebahagian daripada kisah budaya Real Madrid dan kelab Sepanyol itu sentiasa memberi tumpuan terhadap kejohanan kelab Eropah paling berprestij, menjuarainya lebih banyak daripada mana-mana pasukan kata pemain sayapnya, Gareth Bale.

Juara 10 kali itu akan berdepan Manchester City di Stadium Etihad bagi aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi esok dan Bale berpendapat pertandingan itu sesuatu yang ‘lebih istimewa’ buat kelab Merengues.

“Liga Juara-Juara bermakna segala-galanya buat kelab ini. Ia menjadi keutamaan setiap tahun. Bagaikan kebiasaan bagi kelab ini mahu menjuarai Piala Eropah setiap tahun. Ia terpahat dalam diri dan anda berjuang mendapatkannya setiap tahun,” kata Bale.

“Ia sesuatu yang istimewa buat kelab. Setiap kali anda menyertai pertandingan Eropah, suasananya jauh lebih baik, semua orang di tempat penonton memberi sokongan padu untuk anda. Keadaannya lebih tegang untuk perlawanan Liga Juara-Juara kerana ia sungguh bermakna buat kelab.

“Semua pemain tahu betapa bermaknanya pertandingan ini. Ia bukan bermakna gelaran liga tidak penting tapi ia jauh lebih istimewa.”

Biarpun segelintir media mendakwa hubungan Bale dan Cristiano Ronaldo mula retak, pemain Wales itu segera menafikan andaian itu dan berkata keinginan pemenang Ballon d’Or tiga kali dari Portugal itu untuk menang sering disalah tafsirkan.

“Media melaporkan perkara yang mungkin menunjukkan kami tidak sehaluan tapi kami tiada masalah,” kata Bale.

“Saya tidak pernah bertengkar dengannya. Dia sungguh bersemangat di padang, semua orang mengetahuinya. Ada kalanya orang tersalah anggap. Kami tidak pernah berdepan masalah.” – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");