Sukan Hari Ini

Lima mata

Kuala Lumpur: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) berjaya mempamerkan tunggangan meyakinkan untuk meraih lima mata pada Kejuaraan Grand Prix Motosikal Sepanyol di Litar Jerez, semalam.

Dia yang mewakili PETRONAS Raceline Malaysia menamatkan perlumbaan di tangga ke-11 dengan dibezakan 35.980 saat di belakang Sam Lowes (Federal Oil Gresini Moto2) yang muncul juara.

Hafizh yang bermula di petak ke-24, setakat ini sudah mengumpul 28 mata keseluruhan untuk menduduki tempat kelapan daripada 30 pelumba.

Dalam pada itu, tempat kedua Moto2 diraih Jonas Folger dari pasukan Dynavolt Intact GP manakala Alex Rins (Paginas Amarillas HP 40) di tempat ketiga.

Sementara itu, dalam aksi Moto3, pelumba negara Khairul Idham Pawi sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 sekali gus menokok dua mata.

Dia yang bermula dari petak ke-24 ketinggalan 35.746s di belakang pelumba tempat pertama, Brad Binder (Red Bull KTM Ajo).

Pelumba Honda Team Asia itu yang muncul juara di GP Argentina 3 April lalu, menduduki tempat kesembilan keseluruhan dengan mengumpul 27 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 negara dari pasukan Drive M7 SIC Racing, Adam Norrodin sekadar menduduki tempat ke-16 dan gagal meraih sebarang mata.

Tempat kedua kategori berkenaan diraih Nicolo Bulega (Sky Racing Team VR46) manakala pelumba, ASPAR Mahindra, Francesco Bagnaia di tempat ketiga.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");