Jenayah

Lima penyamun cedera terbabas

Pasir Mas : Lima penyamun warga asing cedera selepas dua kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian kejar mengejar dengan orang awam di Kampung Repek, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, suspek menunggang motosikal melarikan sejumlah wang selepas memecahkan cermin kereta mangsa yang sedang minum di kedai di Kampung Tok Sangkut di sini.

“Manakala, empat rakannya termasuk seorang wanita menunggu di dalam kereta Proton Saga BLM berdekatan lokasi kejadian.

Katanya, suspek sebelum itu mengekori mangsa bermula dari bank di bandar ini.

“Menyedari keretanya dipecah, mangsa yang menaiki kereta Toyota Harrier bersama beberapa penduduk kampung bertindak mengejar suspek,” katanya di sini, hari ini.

Namun, selepas lima kilometer, suspek menunggang motosikal terbabas sendiri di tepi jalan manakala Proton Saga BLM langgar papan tanda kereta api sebelum merempuh kedah runcit.

Kesemua suspek berusia 30-an ditahan dan dibawa ke hospital Pasir Mas untuk mendapat rawatan lanjut, katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");