Sukan Hari Ini

LVG tutup mulut pengkritik

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal (LVG) menutup mulut pengkritiknya setelah membawa The Red Devils ke pentas akhir Piala FA selepas menewaskan Everton 2-1, awal pagi semalam.

Marouane Fellaini membuka jaringan pada minit ke-34 sebelum gol sendiri Chris Smalling menyamakan kedudukan 1-1 untuk Everton.

Namun Anthony Martial memastikan pentas akhir Piala FA pertama Manchester United selepas sembilan tahun dengan gol kemenangan minit terakhir perlawanan.

“Ianya mengagumkan apabila menyaksikan pemain yang gembira dengan kemaraan ini dan memberikan mesej bahawa United layak memenangi piala musim ini.

“Saya rasa kami layak ke perlawanan akhir. Kami mempunyai banyak peluang,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");