Panasnya Hari Ini

Mahkamah Tolak Rayuan Anina

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini telah menolak rayuan oleh bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin berhubung pelucutan keanggotaannya dalam parti itu.

Memetik sumber Mstar online, keputusan itu dibuat oleh Hakim David Wong Dak Wah atas alasan bahawa sebarang pertikaian dalam mana-mana parti politik perlu diselesaikan di luar mahkamah.

Dua defendan dalam saman tersebut ialah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Eksekutifnya, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Rayuan itu telah difailkan selepas Mahkamah Tinggi membatalkan saman berkenaan pada 7 Disember tahun lepas.

Terdahulu, Anina, 40, telah memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan Ab Rauf pada 11 September mendakwa pemecatannya daripada parti itu tidak sah di bawah Perlembagaan Umno.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anina berkata, di bawah Fasal 20 Perlembagaan Umno, kuasa untuk memecat ahli Umno hanya boleh dilakukan oleh lembaga disiplin parti yang dilantik oleh ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau turut mendakwa Tengku Adnan telah mengedarkan surat pemecatan itu kepada media dan orang ramai pada 1 dan 2 September sebelum menyerahkan surat itu kepada beliau secara peribadi.

Anina juga mendakwa bahawa percubaan untuk mengusir beliau daripada parti di bawah Fasal 20.7 perlembagaan parti adalah tidak sah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");