INSIDEN kekecohan di Stadium Selayang sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya lima penyokong Kuala Lumpur dan Perak cedera kelmarin, turut mendapat reaksi bekas pemain bola sepak era 80-an, Khalid Ali.
Khalid menganggap insiden berkenaan sebagai memalukan dan mahu dalang mencetuskan kekecohan terbabit dikenakan hukuman keras dan setimpal.
Katanya, penyokong ganas tidak layak diberi muka dan perlu diharamkan dari memasuki stadium seumur hidup.
“Saya gelisah memikirkan perkara ini (kekecohan) kerana ia berulang dan seperti tiada kesudahan.
“Adakah mereka yang mencetuskan provokasi ini memikirkan nasib pasukan yang disokong?
“Kesian dan malang akibat tindakan liar penyokong, pasukan disokong pula terima padah,” katanya.
Beliau bagaimanapun tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden kekecohan pada aksi suku akhir kedua Superbest Power Piala FA itu.
-Sinar Harian