Membawang Hari Ini

Mariah Carey insurankan ‘aset’ RM272 juta

PENYANYI, Mariah Carey, 46, antara selebriti Hollywood yang serius menjaga kaki dan vokal hingga sedia melindungi aset dimiliki dengan menginsurankan ‘harta’ itu sebanyak RM272 juta.

Difahamkan, dua-dua aset penghibur yang kini menjayakan konsert bergerak ke Eropah, The Sweet Sweet Fantasy Tour, masing-masing diinsurankan sebanyak RM136 juta.

Sumber mendedahkan, pasukan sokongannya yang memberi galakan supaya beliau mendapatkan polisi insurans terbabit memandangkan ia aset bernilai buat seorang penyanyi sepertinya.

Selepas mengambil polisi berkenaan, Carey dilihat lebih berkeyakinan malah beliau juga dikhabarkan sedia memanjangkan lagi konsert bergerak ke Amerika Selatan.

“Apa yang kita bincangkan kini adalah nilai jutaan dolar. Jika sesuatu terjadi kepada aset utama beliau, kesannya adalah kerugian besar,” dedah sumber terdekat Carey.

Sebagai tambahan, kedua-dua polisi yang dibeli membabitkan premium tinggi bersandarkan jumlah yang bakal diterima andai berlaku sebarang risiko namun pihak penyanyi itu menganggap pelaburan mereka berbaloi.

Begitupun khabar mengenai pembelian insurans anggota tubuh bukan yang pertama dilalui Carey kerana sekitar 2006 beliau pernah berhadapan isu sama, namun membabitkan bahagian kaki sebanyak RM3.89 bilion.

Sementara itu, antara selebriti yang dikatakan menginsurankan bahagian badan adalah Jennifer Lopez iaitu bahagian punggungnya sebanyak RM105 juta (2014) selain Julia Roberts (senyuman) berjumlah RM116 juta, David Beckham (kaki) RM758 juta, Daniel Craig (badan) RM37 juta, Bruce Springsteen (vokal) RM23 juta.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/143055

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");