Sukan Hari Ini

Martial sedia saingi Kane

London: Anthony Martial (gambar tengah) sedia untuk berdepan pemain yang sedang meningkat naik, Harry Kane apabila Manchester United bertandang ke White Hart Lane bertemu Tottenham Hotspur, malam ini.

Kane sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 22 gol setakat ini dan penyerang England itu menjadi nadi kebangkitan Spurs hingga berjaya menduduki tangga kedua carta, tujuh mata di belakang pendahulu Leicester sambil berbaki enam perlawanan.

Penggempur United Martial yang hadir ke Old Trafford dari Monaco pada hari terakhir jendela perpindahan pemain September lalu, sedar dengan kelebihan serta kebolehan dimiliki Kane, 22.

“Dia seorang pemain hebat dan masih muda,” kata Martial mengenai Kane.

“Dia mengharungi musim hebat tahun lalu dan ketika ini, sudah membuktikan kualiti yang ada pada dirinya. Seronok melihat aksinya di padang,” kata pemain antarabangsa Perancis itu yang sudah meledak 13 gol dalam semua pertandingan.

“Spurs sebuah pasukan yang mampu bertahan baik. Mereka agresif dan tetap bermain sebagai satu pasukan sepanjang masa. Mereka mempunyai pemain berkualiti di bahagian depan dan itu sebabnya mengapa mereka sedang menduduki tangga kedua liga.”

Ketika Tottenham mengintai gelaran liga buat kali pertama serta kejayaan Piala FA seperti pernah dilakukan pada 1961, United pula sedang berusaha melupakan persembahan hambar musim ini dan mahu merebut tangga keempat yang juga slot terakhir untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad kendalian Louis van Gaal itu hanya satu mata di belakang pasukan di tangga keempat, Manchester City.

Martial yang menjaringkan gol tunggal ketika United menang 1-0 ke atas Everton minggu lalu berkata: “Penting bagi kami menang ke atas Everton kerana memberi peluang untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara. Selebihnya, kami perlu berusaha sendiri.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");