Sukan Hari Ini

Masalah tayar hantui Hafizh

Kuala Lumpur: Masalah tayar terus menghantui pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah (gambar) apabila menamatkan perlumbaan ketiga Moto2 pada Grand Prix Amerika Syarikat kelmarin tanpa sebarang mata.

Pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 dalam saingan 19 pusingan dengan catatan masa 41 minit 51.515 saat biarpun di awal perlumbaan dia dilihat mampu mencabar kelompok depan.

“Saya kecewa dengan keputusan ini kerana saya tahu saya boleh melakukan lebih baik. Saya berusaha keras di awal perlumbaan dan berada di posisi ke-11.

“Tapi malangnya jentera saya berdepan masalah tayar depan ketika mahu mengambil selekoh kanan dan saya hampir terbabas di beberapa selekoh dalam perlumbaan ini,” kata Hafizh.

Perlumbaan di Litar Americas itu dimenangi penunggang Sepanyol Alex Rins dengan masa 41:22.174s meninggalkan wakil Britain Sam Lowes dan juara bertahan Johann Zarco.

Keputusan terbaharu itu menyaksikan kedudukan Hafizh dalam ranking keseluruhan pelumba jatuh ke tangga kesembilan dengan mengumpul 23 mata.

Tidak mahu terlalu memikirkan mengenai kekecewaan itu, pelumba muda negara itu berazam untuk mencari penawar pada perlumbaan keempat di Jerez, Sepanyol 24 April ini.

“Saya berterima kasih kepada pasukan kerana bekerja keras menyediakan jentera terbaik dalam tiga perlumbaan sebelum ini. Kami akan terus berusaha dan memberikan persembahan terbaik dalam perlumbaan seterusnya,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");