Berita Hari Ini

Matrade sasar eksport ke Turki meningkat

PERBADANAN Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) menyasarkan jumlah eksport ke Turki meningkat lebih 55 peratus menjelang hujung tahun ini berbanding tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dzulkifli Mahmud berkata, sasaran itu diletakkan berikutan penubuhan Kelab Perniagaan Malaysia-Turki (MTBC) yang dapat meningkatkan saluran komunikasi syarikat kedua-dua negara secara strategik.

Menurutnya, MTBC menyediakan platform kepada syarikat Malaysia dan Turki dalam membina rangkaian perniagaan lebih besar serta membolehkan mereka berkongsi maklumat pasaran dengan lebih efektif.

“Saya harap MTBC akan mampu menjana kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam mewujudkan lebih peluang perdagangan dan pelaburan antara syarikat di Malaysia dan Turki.

“Saya juga menyeru usahawan muda di negara ini turut serta dalam MTBC bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai perdagangan ke Turki” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran MTBC di Menara Matrade, semalam.

Beliau berkata, MTBC ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang disokong Matrade dan akan mewakili syarikat dari pelbagai sektor bagi menerokai pasaran di Turki.

Penubuhan MTBC tepat pada masanya selepas berkuat kuasanya Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turki (MTFTA) pada 1 Ogos tahun lalu di mana, Malaysia dan Turki bersetuju untuk memansuhkan duti kastam mereka pada kira-kira 70 peratus daripada garis cukai penuh.

Oleh itu, sejak MTFTA dikuat kuasa, eksport Malaysia ke Turki meningkat 54.5 peratus daripada RM2.46 bilion pada 2014 kepada RM3.8 bilion pada 2005. Manakala import pula bernilai RM1.85 bilion pada 2005 berbanding RM710.7 juta pada tahun sebelumnya.

Eksport utama Malaysia ke Turki ialah minyak kelapa sawit dan produk berasaskan kelapa sawit yang bernilai RM1.8 bilion; tekstil, kasut dan pakaian (RM740.9 juta); kimia dan produk kimia (RM580.7); pembuatan logam (RM334 juta) dan produk getah (RM283.6 juta).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");