Sukan Hari Ini

McLaren Menuju Ke Landasan Betul – Button

JENSON Button mengakui pasukan McLaren kini menuju ke landasan yang betul biarpun mengharungi musim sukar meraih keputusan musim ini.

“Dua perlumbaan terakhir tidak berapa baik buat kami, dan gagal menjadikan minggu yang sempurna.

“Kami ada keyakinan untuk memberi keputusan yang baik pada Jumaat dan Sabtu, namun selepas itu (Ahad) kami mendapati ia bukan mudah seperti yang diharapkan.

“Kami sedar jarak litar di China lebih rumit dan kami terpaksa bergelut dengan kesesuaian tayar sehingga tamat perlumbaan,” ujar Button.

Dalam pada itu Button berharap aksi Formula Satu Pusingan 4 Grand Prix Rusia hujung minggu ini lebih baik berbanding sebelum ini.

“Saya harap aksi di Sochi hujung minggu ini lebih lancar dan mudah untuk menguruskan pemilihan tayar.

“Sebenarnya kami layak berada di tempat terbaik dalam tiga aksi sebelum ini, tetapi kami perlu mengumpul semua elemen untuk tempoh tiga hari bagi memastikan pasukan meraih mata,” jelas Button.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");