Sukan Hari Ini

Melaka intai pemain baharu

PENDAHULU Liga Perdana, Melaka United dilaporkan sedang mengintai beberapa pemain baharu untuk direkrut ke dalam pasukan itu menjelang jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga-M), Jun ini.

Perkara itu disahkan sendiri ketua jurulatihnya, Mat Zan Mat Aris ketika dihubungi Sinar Harian.

Namun katanya, ia tidak melibatkan nama besar sebaliknya pemain berbakat yang belum menyerlah dan berpotensi diserap ke skuad Melaka United.

“Bukan nak kata pemain sedia ada ini tak bagus, kerana komitmen mereka juga Melaka kini menjadi pendahulu liga tetapi tidak salah sekiranya kita suntik tenaga baharu untuk menyemarakkan lagi kemaraan pasukan.

“Kalau ada pemain yang baik kita akan ambil, memang yang handal semua dah main untuk pasukan hebat lain. Kita mungkin boleh intai pemain berbakat besar yang belum popular untuk sertai Melaka musim depan,” katanya.

Mengulas kedudukan Melaka United dalam saingan liga, Mat Zan mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa dengan pencapaian sekarang.

Katanya, Melaka baru bermain sembilan kali dan masih berbaki 13 perlawanan untuk diharungi sebelum boleh memikirkan kejuaraan liga.

Pada masa, Mat Zan mahu pemainnya tidak terlalu ghairah dan fokus memandangkan perjalanan liga masih panjang.

Katanya lagi, meskipun Melaka layak ke Piala Malaysia dan berpotensi menyertai Liga Super musim depan, namun ia bukanlah suatu tekanan sebaliknya motivasi kepada pasukannya untuk beraksi lebih mantap dalam setiap perlawanan.

“Nak kata tertekan saya rasa tak, sebab kita berada di puncak. Jika berada di tangga corot mungkin lebih tertekan.

“Alhamdulillah dengan rekod baik yang dipamerkan setiap pemain. Tapi untuk kekal pendahulu liga, kita perlu konsisten dan kekalkan momentum supaya tidak mudah dipintas,” katanya.

Melaka United ketika ini berada di puncak Liga Perdana dengan mengumpul 21 mata hasil enam kemenangan dan tiga seri.

Skuad kendalian Mat Zan juga muncul pasukan tunggal yang belum tewas selepas mengharungi sembilan perlawanan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");