Panasnya Hari Ini

“Mengapa Arul Kanda Belum disiasat?”- Rafizi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sehingga hari ini masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap Pengarah Eksekutif Kumpulan dan Presiden 1MDB, Arulkanda Kandasamy.

Ujarnya, satu laporan polis di IPD Dang Wangi olehnya pada 30 Mac lalu berhubung maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan RM288 juta telah dibelanjakan tanpa memaklumkan kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

“Saya membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, beliau turut menerima layanan yang berbeza dari pihak polis apabila ditahan selepas tujuh jam membuat laporan polis.

“Saya ingin mengingatkan Khalid bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat.
Jika saya boleh ditahan tujuh jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara ini belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda juga ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hari ini, cukup dua minggu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB,” jelasnya lagi.

Rafizi turut menyatakan bahawa siasatan terhadap Arulkanda penting berikutan beliau sering memberi alasan bahawa mengetahui mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB.

“Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda, keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku,” dakwanya.

Rafizi menegaskan akan menunggu sehingga Jumaat ini untuk memastikan sama ada Khalid akan mengarahkan Arulkanda ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dia memulakan langkah lain yang sewajarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");