Jenayah

Mesin ATM diletup guna bom paip, RM300,000 lesap

JITRA: Polis mengesahkan letupan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini, pagi tadi berpunca daripada bom paip.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah, berkata kejadian pada jam 5.15 pagi itu turut menyebabkan wang tunai RM300,000 di dalam mesin ATM berkenaan dilarikan penjenayah.

Katanya, siasatan ke atas rakaman kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di premis terbabit mendapati ia dilakukan dua suspek yang memakai topeng, sebelum melarikan empat katrij wang dari mesin ATM yang diletupkan dengan menaiki sebuah kereta.

“Setakat ini sepasukan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian, namun kita percaya kes berkenaan mempunyai kaitan dengan kejadian letupan mesin ATM di sebuah bank di Simpang Kuala, dekat sini, sebelum ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/147551

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");