Panasnya Hari Ini

Misi Lahirkan ADUN Pertama di Sarawak – PAS

KUALA LUMPUR: Setiausaha PAS Negeri Sarawak, Mukhtar Suhaili menegaskan bahawa parti itu perlu mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak untuk mewujudkan proses semak dan imbang yang berkesan.

Mukhtar yang dipetik Sinar Harian berkata, sambutan daripada pengundi terhadap PAS amat menggalakkan berdasarkan kempen awal yang diadakan oleh parti itu.

“Ini merupakan satu perkembangan yang baik dalam misi PAS melahirkan ADUN sulung di Sarawak,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa PAS Sarawak menyeru agar semua pihak untuk terus mengekalkan suasana aman sepanjang kempen berlangsung.

“Insiden di mana kain rentang PAS Sarawak dibakar di Lambir, bendera PAS dicabut di Pujut, papan iklan calon PAS di Kakus dikoyakkan dan lain-lain tidak sewajarnya berlaku.

“PAS juga komited untuk bertanding dengan semua parti-parti politik dihadapinya secara aman,”katanya.

Ujar Mukhtarlagi, seluruh jentera telah diarahkan oleh parti berkenaan untuk sentiasa berdisiplin dalam berkempen serta tidak menimbulkan sebarang provokasi.

Sebelum ini, kesemua 11 calon PAS di DUN Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut disahkan layak bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan calon baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");