Berita Hari Ini

MITI ambil berat operasi syarikat di musim panas

KOTA BHARU: Operasi syarikat-syarikat besar negeri ini tidak terjejas walaupun berdepan situasi panas sejak kebelakangan ini, kata Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Kelantan dan Terengganu, Azran Deraman.

Menurutnya, pihak MITI mengambil perhatian serius hal tersebut bagi memastikan operasi syarikat-syarikat utama yang mengeksport barang ke luar negara ini berjalan lancar seperti biasa.

“Kita mendapat maklum balas dari kilang-kilang besar seperti Rohm Wako, Terang Nusa dan Ain Medicare. Alhamdulilah operasi mereka masih seperti biasa.

“Kita juga turut minta mereka memaklumkan kepada Miti jika mempunyai masalah berkaitan operasi di musim panas ini. Buat masa sekarang ini tidak ada kilang yang berdepan masalah bekalan air dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");