Sukan Hari Ini

Moto2: Hafizh mula petak 24

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berdepan masalah pengendalian jentera pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Sepanyol semalam dan bakal memulakan perlumbaan hari ini dari petak ke-24.

Hafizh yang kini berada di kedudukan kesembilan keseluruhan selepas mengumpul 23 mata daripada tiga perlumbaan, mungkin berdepan kesukaran untuk menambah jumlah kutipan mata diraihnya di Litar Jerez kali ini dan mengharapkan dirinya dan juga jentera dapat keserasian positif, hari ini.

“Saya tidak mempunyai rasa yang selesa bersama jentera di sepanjang sesi kelayakan,” kata penunggang pasukan Petronas Raceline Malaysia itu.

“Saya sudah berusaha keras untuk mengubah gaya tunggangan untuk disesuaikan dengan keadaan jentera tetapi ia masih belum menemui hasilnya.

“Saya sangat kecewa dan berharap kami dapat mencari penyelesaian untuk menghasilkan sesuatu pada hari perlumbaan nanti (hari ini).”

Pada perlumbaan sebelum ini di GP Amerika Syarikat, Hafizh menamatkan perlumbaan di tangga ke-16, ketinggalan kira-kira 1.743 saat untuk dia mengumpul setidak-tidaknya satu mata yang ditawarkan buat penamat di kedudukan ke-15.

Sebelum GP Amerika Syarikat, Hafizh menunjukkan tunggangan konsisten apabila berada dalam kelompok 15 terbaik, berada di tangga keenam (10 mata) di GP Argentina dan keempat (13 mata) di GP Qatar.-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");