Perak Hari Ini

MSAM 2016: 134,000 Pengunjung Hadir Dalam Tempoh Enam Hari

IPOH: Seramai 134,000 pengunjung telah menghadiri Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2016 dalam tempoh enam hari ia berlangsung di Stadium Tun Ahmad Sarji dekat Tapah.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, ia hampir mencapai sasaran yang ditetapkan PNB iaitu seramai 150,000 orang.

Ujarnya, sambutan yang diterima amat menggalakkan sejak program itu berlangsung pada Rabu yang lalu.

1 (1)

Jelasnya, pada tiga hari pertama ia berlangsung, program tersebut telah dihadiri oleh seramai 71,000 pengunjung.

“Jumlah pengunjung bertambah kira-kira 26,000 orang setiap hari pada hari keempat sehingga hari keenam,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penghargaan MSAM 2016 di sini, pada Isnin.

Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Katanya, jika sebelum ini, pihaknya membayangkan adalah sukar untuk mencapai sasaran 150,000 berikutan tanggapan ianya kurangmendapat sambutan daripada masyarakat setempat.

1 (2)

“Tetapi Alhamdulillah, sambutan yang begitu hebat kita terima daripada masyarakat Bidor, Kampar dan Sungkai yang turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai program MSAM 2016 ini,” katanya.

Dalam majlis itu, Hamad Kama Piah telah menyampaikan Anugerah Khas Juri kepada Zambry diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan oleh beliau terhadap program tersebut.

Terdahulu, Karnival MSAM 2016 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu lalu

Manakala, majlis penutupannya pula dijangka akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi esok (Rabu).

MSAM 2016 berlangsung selama sembilan hari bermula dari 20 April hingga 28 April 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");