Panasnya Hari Ini

Muhyiddin Sudah Tidak Ada Tempat Dalam UMNO

KUALA LUMPUR: Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan Timbalan Presiden UMNO yang digantung jawatan, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak ada tempat di dalam parti.

Ini kerana, jelas beliau, majoriti ahli UMNO itu masih setia bersama Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Dr Ramlah lagi, Muhyiddin sudah tidak mempunyai cara lain untuk menjatuhkan Najib yang juga Perdana Menteri dan siri jelajah untuk mengkritik Najib merupakan jalan terakhir beliau.

“Bagi saya, mereka (Muhyiddin dan kumpulan penentang Najib) sudah tidak ada tempat dalam UMNO. Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir Mohamad adalah orang-orang yang kecewa dalam UMNO.

“Saya rasa Muhyiddin dan kumpulan penentang Najib tidak mampu dan akan gagal untuk jauthkan Najib. Muhyiddin sekarang sudah tidak ada pengikut. Maksud saya, orang UMNO yang setia dengan dia pun takut untuk menunjukkan diri bersama Muhyiddin,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya Muhyiddin dan rakan-rakannya keluar daripada parti kerana usaha yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak akan berhasil.

“Kalau kamu (Muhyiddin) tak suka Najib, kamu keluar sahaja UMNO. Jangan pergi bising dekat luar, kerana bagi saya tindakan itu tidak bermoral dan beretika,”tegas beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");