Berita Hari Ini

Mula proses MyDeposit

Putrajaya: Pemohon yang berjaya tersenarai bagi Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Mohamad Yusoff Ghazali berkata, permohonan untuk skim berkenaan masih dibuka kepada orang ramai dan ia boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Pemohon perlu mengenal pasti terlebih dulu projek perumahan yang hendak dibeli sebelum mengemukakan permohonan bagi skim berkenaan.

“Mereka bebas memilih projek perumahan swasta yang menepati syarat manakala harga rumah berkenaan kurang daripada RM500,000,” katanya pada sesi taklimat khas dan soal jawab bersama media, semalam.

Pada masa sama, beliau berkata, insentif yang diberikan MyDeposit adalah berbentuk sumbangan dan pembeli tidak perlu membayar balik skim berkenaan.

“Bagaimanapun, kerajaan menetapkan rumah yang dibeli melalui skim ini tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun pembelian,” katanya.

Mohamad Yusoff berkata, sehingga kini pihaknya menerima 7,347 permohonan bagi MyDeposit manakala sebanyak 1,046 permohonan sudah lengkap.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemohon yang sudah ditapis untuk ditawarkan skim berkenaan akan diberi tawaran bersyarat 30 hari berkuat kuasa dari tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");