Panasnya Hari Ini

Najib Lawat Shaaban Hussin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah meluangkan masa untuk menziarahi pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin yang ditimpa kemalangan Khamis lepas.

Najib telah memuat naik gambar beliau sedang melawat juara Kejohanan PGM Sime Darby Harvard 2016 tersebut di Hospital Kuala Lumpur.

“Saya ke Hospital Kuala Lumpur tadi untuk menziarahi pemain golf negara Shaaban Hussin yang ditimpa kemalangan,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa bantuan dan sokongan moral akan diberikan kepada Shaaban menerusi pelbagai pihak.

“Bantuan dan sokongan moral menerusi Malaysian Golfers’ Association, Majlis Sukan Negara dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan akan diberikan kepada Shaaban dan keluarga beliau untuk melalui detik sukar ini, Insya-Allah,” katanya lagi.

Terdahulu, Shaaban terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Kota Damansara ke Shah Alam, awal pagi Khamis.

Beliau yang menaiki motosikal berkuasa tinggi terbabas semasa cuba mengelak sebuah kereta yang berhenti di tepi Lebuhraya Guthrie.

Gambar:- Facebook Najib Razak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");