Sukan Hari Ini

Negara berpeluang anjur Trofi Juara-juara Hoki Asia

MALAYSIA? berpeluang cerah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Trofi Juara-Juara Hoki Asia, yang dijadual berlangsung Oktober depan.

Ketua Eksekutif Persekutuan Hoki Asia (AHF), Datuk Mohammad Tayyab Ikram berkata, selain Malaysia, Bangladesh serta Jepun juga sebelum ini, menunjukkan minat menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan.

“Kita belum buat sebarang keputusan mengenai perkara itu, tetapi tiada perancangan kejohanan ini diadakan di Jepun (kerana Jepun telah menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2013).

“Apa yang boleh saya katakan, Malaysia memiliki kelebihan dipilih menjadi tuan rumah kejohanan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kursus Lanjutan Pengadil dan Kejurulatihan Tahap Dua, di sini hari ini.

Sekiranya Malaysia dipilih, Mohammad Tayyab berkata venue yang sesuai bagi penganjuran kejohanan itu adalah di Stadium Hoki Wisma Belia di Kuantan, Pahang, yang mempunyai kemudahan bertaraf antarabangsa.

“Pada masa ini, kita sedang memikirkan untuk diadakan di Kuantan. Keputusan itu berdasarkan kepada penganjuran Piala Remaja Asia pada November lepas di stadium berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, kursus berkenaan disertai 60 peserta dari 12 buah negara dan diadakan selama sembilan hari mulai Khamis lalu, dengan tenaga pengajar daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");