Panasnya Hari Ini

Negara Dibawa ke Arah Pengunduran – ADUN DAP

KUAlA LUMPUR: Kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggitelah diselar oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP-Balakong Ng Tien Chee.

Jelasnya, BN hanya membawa negara ini ke arah pengunduran malah dilihat gagal membawa sebarang perkembangan kepada semua lapisan masyarakat.

Tegasnya, kelemahan yang dimiliki oleh kerajaan BN terutamanya dibawah pimpinan pemimpin nombor satu negara tersebut telah menyebabkan Malaysia hilang daya saing di peringkat antarabangsa.

“Hutang negara yang makin meningkat di bawah pentadbiran Najib telah mencecah RM630.5 bilion. Ini jelas membuktikan kelemahan Perdana Menteri yang paling kontroversi di Malaysia itu,” katanya menerusi kenyataan hari ini, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Najib menegaskan hanya kerajaan BN yang mampu membawa semua kaum termasuk minoriti ke tahap lebih tinggi dengan menyediakan platform bersesuaian buat keperluan mereka.

Beliau berkata dengan bantuan kerajaan, kehidupan semua lapisan masyarakat di negara ini semakin berkembang maju terutamanya dari aspek ekonomi dan sosial sehingga kaum minoriti turut mendapat pengiktirafan dan penghormatan termasuk etnik Telugu.

Tien Chee atau lebih mesra dengan panggilan Eddie juga berkata Najib telah mengakibatkan semua lapisan masyarakat Malaysia dibebani dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selain tidak mampu untuk menjelaskan secara terperinci skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadinya.

Sementara itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri menaikkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) seluruh negara dari RM720 ke RM1500 seperti yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namun begitu, beliau bimbang Najib tidak berani untuk menerima cabarannya itu kerana jumlah keluarga di bawah paras kemiskinan akan meningkat dengan mendadak.

Gambar:- Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");