Sukan Hari Ini

Nicol janji kebangkitan

“SAYA masih ada impian untuk bekerja keras.”

Demikian reaksi ratu skuasy negara, Datuk Nicol David susulan penyingkirannya di Kejohanan Skuasy Wanita Dunia, kelmarin.

Menurut Nicol, prestasi buruk yang dilalui itu tidak akan menjatuhkan keyakinan bangkit memburu kejuaraan pada kejohanan selepas ini.

“Saya tahu saya boleh buat lebih baik cuma ada sedikit kekurangan yang boleh diperbaiki lagi.

“Saya perlu ambil ini sebagai satu pengajaran dan fokus ke hadapan,” katanya.

Impian Nicol untuk muncul juara dan mempertahankan gelaran di hadapan penyokong sendiri tidak kesampaian apabila langkahnya terhenti di suku akhir selepas tewas kepada pemain muda Mesir Nour El Sherbini.

Pemain dari Pulau Pinang itu tewas 12-14, 11-4, 11-3, 11-3 dalam pertarungan yang berlangsung selama 33 minit.

Mengulas kejohanan selepas ini, Nicol yang menduduki ranking nombor lima dunia ketika ini berkata, dia akan menyertai Terbuka Hong Kong, penghujung Mei ini bagi mempertahankan kejuaraan buat kali ke-11.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");