Panasnya Hari Ini

Nina Grace Jadi Anak Angkat Kerajaan Terengganu

KUALA LUMPUR: Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, 19, yang mengucap kalimah syahadah di hadapan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik kelmarin kini merupakan anak angkat kerajaan negeri Terengganu

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata Nina perlu diberi bimbingan sepenuhnya bagi mendalami Islam supaya sentiasa berada di landasan yang betul.

Tambahnya, anak kacukan Filipina itu akan diberikan kemudahan dan bimbingan sewajarnya bagi mempelajari ilmu agama secara mendalam.

“Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) akan membantu urusan dan keperluan Nur Nina Farisha dalam perkara ini, termasuk memberi bimbingan agama kerana dia amat berminat dengan Islam.

“Sebagai saudara baru, dia perlu diberi sokongan kerana banyak perkara akan ditempuhinya,” katanya memetik sumber Berita harian.

Nina mengucap Khalimah syahadah dengan dibimbing Dr Zakir pada ceramah umum bertajuk ‘Muslim Choice – Da’wah Or Destruction’ di Kemaman selepas mengajukan soalan kepada pendakwah berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");