Perak Hari Ini

Ops Bersepadu: Lima Ditahan Positif Dadah

TAIPING: Seramai lima orang ditahan dalam Operasi Bersepadu Kenderaan Perdagangan yang diadakan di sini kerana positif dadah.

Operasi tersebut telah dilaksanakan di Kilometer 225 Lebuhraya Utara Selatan, Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, arah selatan di sini, malam tadi.

PERAK TODAY 3

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kesemua yang ditahan merupakan empat pemandu lori dan seorang penunggang motosikal.PERAK TODAY 5

“Kelima-limanya ditahan dalam operasi yang berlangsung selama tiga jam bermula pada jam 9 malam.

“Operasi melibatkan 67 anggota daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PLUS dan juga PROPEL,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 50 buah kenderaan telah diperiksa melibatkan 30 buah lori dan 20 buah bas.

PERAK TODAY 4

“Pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 21 saman, manakala 31 saman lagi dikeluarkan oleh pihak JPJ yang menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 52 saman.

“Manakala, sebuah motosikal turut disita dalam operasi berkenaan,” jelasnya Wan Jamil lagi.

PERAK TODAY 1

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");