Panasnya Hari Ini

Pakatan Harapan Sasar Rampas 14 DUN, 11 Parlimen Di Johor

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) mensasarkan untuk merampas 14 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 11 kawasan Parlimen milik UMNO di Johor dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, untuk mencapai sasaran itu, PH hanya memerlukan sekitar lima hingga 10 peratus sahaja anjakan undi dari pengundi UMNO.

“Jika lima peratus undi UMNO beralih ke PH, kita mampu menguasai tujuh DUN dan tujuh kawasan Parlimen.

“Manakala jika anjakan itu bertambah lima peratus lagi ke 10 peratus, kita mampu merampas tujuh lagi DUN dan empat lagi Parlimen,”katanya, lapor Malaysiakini.

Kata Ahli Parlimen Kluang itu lagi, antara DUN yang mampu dirampas oleh PH sekiranya mendapat undi UMNO sekitar lima peratus ialah kerusi Gambir, Paloh, Mahkota, Nusajaya, Bukit Naning, Pemanis dan Sungai Balang manakala untuk Parlimen adalah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar.

Ujarnya, sekiranya anjakan undian itu naik sehingga 10 peratus, maka PH mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Senggarang, Semerah, Serom, Tenang, Kempas, Kemelah dan Pulai Sebatang manakala untuk Parlimen adalah di Sekijang, Tanjong Piai, Johor Bahru dan Sri Gading.

Tegas Liew lagi, PH terutamanya DAP Johor akan menggembeling tenaga untuk mencapai sasaran tersebut dengan bermodalkan beberapa faktor termasuklah isu pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Untuk perhatian, 11 kerusi Parlimen tidak termasuk Pagoh dikelaskan sebagai ‘bawah jajahan’ pengaruh Muhyiddin.

“Justeru itu, DAP Johor bersama PH akan bekerja keras untuk memastikan peningkatan sokongan rakyat dan menjadikan Johor sebagai negeri di barisan paling hadapan menerajui perubahan di peringkat negeri dan pusat,”jelas beliau.

Johor yang selama ini dikatakan antara kubu kuat UMNO dilihat sedikit tercalar apabila Muhyiddin disingkirkan dari Kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri secara tiba-tiba.

Berikutan pemecatan itu, ianya telah menyebabkan UMNO Johor berpecah dan turut disusuli dengan khabar angin bahawa Menteri Besar Johor akan ditukar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");