Panasnya Hari Ini

PAS Selangor Benarkan Ahlinya Sertai Demonstrasi Anti-GST

KUALA LUMPUR: PAS Selangor hari ini membenarkan ahlinya menyertai demonstrasi anti-Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) esok.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata, isu yang dibangkitkan pada demonstrasi esok adalah isu rakyat, bukannya politik.

“Isu ini bukan isu politik, tetapi isu rakyat. Masalah GST bukan orang PAS sahaja, PKR, DAP juga kena, malah orang UMNO pun kena.

“Kita lakukan bantahan disini untuk kita ingatkan rakyat betapa zalimnya GST. Yang kita bimbang adalah setelah setahun GST dilaksanakan, rakyat lupa tentang GST. Lebih cepat kita turunkan kerajaan BN, lebih cepat rakyat dapat hidup sejahtera,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, dalam demonstrasi sebelum ini, PAS sering dilihat sebagai penggembleng penting dalam memastikan jumlah kehadiran Bumiputera beragama Islam yang besar.

Demonstrasi anti-GST akan bermula esok dengan empat lokasi berkumpul utama iaitu di Masjid Kampung Baru, Jalan Sultan, Pasar Seni serta Sogo dan peserta akan berarak ke Dataran Merdeka sebelum jam 2 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");