Sukan Hari Ini

PBSNT, Mulvey bincang hala tuju Terengganu

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengadakan pertemuan empat mata dengan ketua jurulatih, Mike Mulvey dan pemain, pagi ini.

Ia bagi membincangkan prestasi skuad Penyu yang mengalami dua kekalahan berturut-turut kepada FELDA United dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super.

Perjumpaan itu diadakan dengan Presiden PBSNT, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di Pejabat PBSNT, di sini.

Kemerosotan skuad Penyu turut mengundang rasa tidak puas hati kerajaan negeri yang memberi amaran yang terakhir kepada pasukan itu bangkit bertemu Perak, Selasa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat mahu melihat keputusan dalam pertemuan itu dan jika kalah, tindakan drastik termasuk Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) PBSNT dilakukan.

Pada 4 April lalu, skuad Penyu tewas 1-4 di tangan FELDA United di laman sendiri sebelum tumbang kepada The Cops 3-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka, 10 April lalu.

Dalam tujuh perlawanan, Terengganu kini menghuni tangga kelapan hasil tiga kemenangan dan empat kekalahan dengan mengutip sembilan mata.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/144655

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");