Panasnya Hari Ini

Pendirian Tun M Tidak Konsisten -MT Umno

KUALA LUMPUR: Pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak konsisten berikutan penglibatannya dalam beberapa siri agenda pembangkang, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Memetik laporan Sinar Harian, jelasnya, ia dapat dibuktikan menerusi kehadiran bekas Perdana Menteri itu dalam perhimpunan Mansuh GST anjuran Pakatan Harapan baru-baru ini.

“Saya melihat motif beliau adalah bersifat peribadi kerana jika dirujuk pada Deklarasi Rakyat yang beliau tandatangani itu, tujuannya bertukar-tukar. Sekejap isu GST, sekejap isu desak perdana menteri berundur dan sekejap isu yang lain.

“Pada hemat saya, kehadiran beliau itu menimbulkan tanda tanya. Saya sukar menjangka apa hala tuju perjuangan yang dibawa oleh beliau,” katanya, lapor Sinar Harian.

Tegasnya, penglibatan Tun Mahathir bercanggah dengan apa yang pernah beliau suarakan sewaktu menjadi perdana menteri dahulu.

“Dahulu, beliau tidak mahu terlibat dengan sebarang bentuk perhimpunan yang boleh menjejaskan keamanan dan keselesaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, pada perhimpunan Mansuh GST yang diadakan pada Sabtu lalu, penyokong Pakatan Harapan berkumpul di tiga lokasi utama iaitu di Masjik Jamek, Pasar Seni dan Sogo sebelum berarak ke Dataran Merdeka bagi menyatakan sokongan supaya GST dimansuhkan.

Antar pemimpin utama Pakatan Harapan yang dilihat turut hadir pada perhimpunan tersebut ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Kemuncak perhimpunan itu menyaksikan kehadiran Mahathir diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kira-kira jam 5.15 petang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");