Perak Hari Ini

Pengurus Skuad The Bos Gaurus Umum Letak Jawatan

IPOH: Pengurus skuad Perak The Bos Gaurus, Datuk Shahrul Zaman Yahya mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam memimpin pasukan itu berikutan kekalahan Perak kepada Pahang FC, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian menerusi beberapa catatan di laman mikro Twitternya selepas tamat perlawanan itu dan beliau turut menjelaskan bahawa perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

“Saya dah maklum kepada DS (Datuk Seri) Presiden mohon perletakan jawatan saya sebagai pengurus pasukan Liga Super. Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan akan terus memegang jawatan Timbalan Presiden PAFA untuk membantu Presiden.

“Saya masih Timbalan Presiden PAFA dan akan terus bantu Presiden untuk laksana perancangan PAFA dan pasukan untuk mencapai visi, misi dan objektif,”ujarnya.

Berkaitan beberapa desakan penyokong yang meminta agar jurulatih ditukar, beliau menjelaskan bahawa pelantikan dan pertukaran jurulatih hanya boleh ditentukan oleh jawatankuasa pasukan.

“Perlantikan dan pertukaran jurulatih bukan keputusan saya seorang. Biar jawatankuasa pasukan negeri yang buat keputusan,”tegasnya.

Terdahulu, dalam perlawanan menentang Pahang FC di Stadium Perak pada Sabtu, Perak tewas 4-3.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");