Perak Hari Ini

Peniaga Bumiputera Perlu Buka Minda

IPOH:Para peniaga bumiputera amnya perlu menanamkan semangat ‘Patriotisme’ dalam perniagaan dan disaran supaya tidak menjadikan cabang perniagaan sebagai pilihan terakhir.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GABEM, Datuk Mohammad Izat Hasan, bumiputera harus mempunyai semangat tersebut dalam membantu ekonomi khususnya buat syarikat dan usahawan Melayu di luar sana.

Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri Program Konsolidasi Patriotisme Ekonomi Bumiputera di Fakulti Perubatan Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine Perak (Unikl RCMP) kampus Greentown di sini hari ini.

PERAK TODAY 4

Tambahnya lagi, program jelajah tersebut bertujuan mendekati pelajar universiti awam dan swasta yang merupakan pelapis pemimpin masa depan.

“Mereka adalah pemimpin masa depan yang akan berada pada kedudukan untuk membuat keputusan kelak,” katanya.

Beliau turut mempercayai bahawa bakal-bakal usahawan kelak terdiri daripada lepasan universiti.

“Kita memerlukan orang yang mempunyai daya pemikiran yang boleh menerima peluang dan sebagainya.

“Terutamanya individu yang berpendidikan jangan hanya fikirkan untuk berkerja sahaja cuba bertukar kepada meniaga dan menjadi orang yang boleh memberi perkerjaan kepada orang lain,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, para usahawan muda kini hanya perlu memperuntukkan masa jika mahu berniaga selain daripada bersemangat dalam berniaga dan menjadikannya sebagai satu kerjaya.

“Peniaga bumiputera juga perlu merubah paradigma dalam berniaga dan tidak hanya berfokus kepada satu produk semata.

“Sebelum berniaga peniaga perlu memastikan saiz pasaran terlebih dahulu sebelum menjalankan perniagaan tersebut supaya tidak menjadi satu ‘ tragedi’ sehingga tidak mendatangkan keuntungan,” katanya lagi.

Tambahnya lagi kebanyakan peniaga bumiputera didapati tidak tahan dengan cabaran, cepat beralah dan tidak mampu untuk bertahan dalam jangka masa yang lama.

Lepasan universiti juga tegasnya perlu menjadikan pilihan berniaga sebagai pilihan utama kelak malah kini perkembangan perniagaan dikalangan golongan muda telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");