Jenayah

Penuntut Itali lemas di Pulau Redang

Kuala Terengganu: Seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) warga Itali ditemui lemas di Pulau Redang, di sini, petang semalam.

Difahamkan, mangsa, Borella Lorenzo, 27, yang juga sukarelawan di Pusat Konservasi Penyu di Pulau Redang dikatakan keluar ke laut bersama seorang lagi rakannya kira-kira 5.30 petang.

Menurut sumber, mangsa yang berpakaian menyelam terjun ke dalam laut bersama kamera untuk membuat penggambaran tentang penyu di pulau peranginan berkenaan.

Katanya, rakan mangsa mula mengesyaki sesuatu buruk menimpa mangsa selepas melihat buih merah kira-kira 50 meter dari tempat mangsa menyelam dan memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung.

“Mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terapung sebelum diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");