Portal berita Perak Today atau PerakToday@KL tidak dibiayai oleh mana-mana pihak yang mempunyai kaitan dengan pemimpin politik daripada mana-mana parti sama ada di peringkat negeri mahupun negara.
Sebaliknya, portal berita ini menerima bayaran daripada pengiklan-pengiklan yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka menerusi portal berita ini.
Dari sudut berita yang disiarkan di Perak Today, portal ini melaporkan berita yang sahih dan yang berlaku di negeri Perak dan negara menerusi kenyataan media, siaran akhbar atau maklumat sahih yang pihak diterima.
Selain itu, Perak Today juga tidak memihak kepada mana-mana parti politik sebaliknya portal ini melaporkan berita politik secara adil dan saksama sama ada berita dari pihak kerajaan atau pembangkang yang turut disiarkan menerusi portal berita ini.
Berbeza dengan sebuah portal berita yang beribu pejabat di Kuala Lumpur dimana pemiliknya dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan individu yang berkhidmat di Pejabat Perdana Menteri.
Menerusi portal berita tersebut, kebanyakan berita yang disiarkan di portal tersebut dilihat sering menimbulkan persepsi yang kurang elok kepada pemimpin-pemimpin tertinggi negara termasuklah barisan menteri Kabinet dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
[ http://www.mykmu.net/2015/08/warkah-buat-khairy-jamaluddin-menebus-dosa-dan-rm-1-bilion-dana-pilihan-raya/ ]
Portal tersebut juga sering dilihat menjadi ‘batu api’ kepada semua pihak yang menyokong kerajaan dan sering memburukkan antara satu sama lain.
Tindakan portal berita tersebut yang menyiarkan berita-berita yang dilihat memberi imej tidak elok kepada pemimpin negara turut dijadikan rujukan oleh portal berita yang lain sekaligus menambahkan lagi imej buruk terhadap pucuk pimpinan negara.
Dalam suasana politik tanahair yang dilihat tidak stabil, pemimpin negara amat memerlukan lebih banyak sokongan dari kalangan parti sama ada parti utama di dalam kerajaan dan juga parti-parti komponen selain daripada sokongan portal-portal pro-kerajaan.
Tetapi, portal tersebut yang dilihat seolah-olah menjadi suara rasmi Pejabat Perdana Menteri tidak memainkan peranannya apabila sering melaga-lagakan semua pihak yang menyokong Perdana Menteri supaya pemimpin negara itu terus lemah dan portal berita itu boleh diibaratkan seperti ‘musuh dalam selimut’.
Sekali lagi ingin ditegaskan, portal berita Perak Today dan PerakToday@KL tidak dibiayai oleh mana-mana pemimpin politik seperti yang didakwa oleh beberapa pihak kebelakangan ini.