Panasnya Hari Ini

Perlu Wujud SOP Tangani Histeria

KUALA LUMPUR: Satu Prosedur Standard Operasi (SOP) perlu diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berdepan masalah histeria yang berlaku di sekolah, ujar Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Perlis (UMP) Dr Mahyuddin Ismail.

Beliau yang dipetik Free Malaysia Today berkata, satu pasukan bertindak yang terlatih juga perlu diwujudkan di setiap sekolah bagi menyelesaikan gejala histeria tersebut.

“Antara punca kes tersebut dilihat masih tidak berkesudahan dan mudah merebak ialah cara bertindak yang tidak betul disebabkan kurangnya pengetahuan dalam bidang ini,” katanya kepada Free Malaysia Today ketika diminta mengulas insiden melibatkan lebih 50 pelajar di empat sekolah di Kota Bharu, Kelantan yang diserang histeria sejak minggu lepas.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, SMK Pengkalan Chepa 1, SMK Kemumin dan SMK Kubang Kerian 3.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kit Anti-Histeria yang dicipta pihaknya pada tahun lalu sememangnya bertujuan untuk membantu mana-mana institusi berdepan masalah histeria.

Namun begitu, beliau berkata, pihak yang ingin menggunakannya dan berhadapan dengan individu yang menghadapi serangan histeria memerlukan latihan.

“Sama seperti latihan kebakaran. Kalau tak pernah dilatih, akan jadi mudah panik dan kelam-kabut,” katanya.

Gambar: Free Malaysia Today

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");